Tuesday, June 19, 2007

Tax refund

I have sent a letter to the CEO of the Inland Revenue Board to enquire about the tax refund.
I received a standard reply. IRB undertook to pay the tax refund within a month for those filing tax return electronically. IRB has breached their undertaking.

-------------
Tuan,


Terima kasih atas emel yang diberikan.

2. Untuk makluman tuan LHDNM kini sememangnya sedang memberi keutamaan untuk menyelesaikan kes-kes bayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan dan sememangnya menjadi hasrat LHDNM untuk membuat bayaran balik tanpa pembayar cukai perlu membuat permohonan, mulai tahun ini. Saya harap agar tuan memahami dan menghargai usaha LHDNM untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pembayar cukai dan bersabar menunggu bayaran balik tuan.Adalah menjadi harapan LHDNM untuk menyelesaikan bayaran balik T/T 2006 dalam tahun ini juga.

3. Walau bagaimanapun, bayaran balik tuan untuk tahun taksiran 2005 akan dirujuk kepada cawangan untuk perhatian dan tindakan segera.

4. LHDNM mengalu-alukan pandangan pembayar cukai seperti tuan dan pandangan pembayar cukai sememangnya diambil kira dalam usaha LHDNM memberi penambahbaikan terhadap sistem-sistem yang sedia ada.


Sekian, terima kasih.


Hasmah Abdullah
Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

No comments: